Thursday, November 4, 2010

Nasi Lemak Kak maznah?

Siapa tak kenal dengan nasi lemak kak maznah.. yang di usahakan oleh Pn.Maznah Baba, cukup popular di Melaka terutamanya di sekitar Alor Gajah, Jasin, Melaka Tengah dan MITC. Beliau bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka sebuah gerai kecil di hadapan rumahnya di Kg.Jeram, Masjid Tanah Melaka. Nasi lemak kak maznah menjadi perbualan orang ramai kerana, di katakan sungguh sedap dan enak apabila mencubanya. Nasi lemak dengan bau aroma daun pisang tersebut di bungkus dengan daun pisang yang telah di layur terlebih dahulu dan nasinya di kukus secara tradisional. Yang menjadikan kesedapan nasi lemak kak maznah ini juga adalah sambalnya, sungguh sedap, enak, lemak, pedas dan ber ikan bilis serta dibungkus dengan telur, kacang, ikan bilis, timun, membuatkan pelanggannya mengemari nasi lemak kak maznah. perniagaannya di buka setiap pagi/hari di hadapan rumahnya. Nasi lemak kak maznah juga menyediakan tempahan apa jua majlis. Sila hubungi Pn. Maznah di talian 017-2343950.